Cerpen

Petang itu agak santai berbanding hari hari lain. Angin sempoi sahaja meniup rambutnya begitu sahaja. Secangkir kopi disisip perlahan. Entah apa anginnya hari ini mahukan caramel machiato. Sengaja dia pilih tempat duduk di bahagian luar.

Sesekali dia hanya memerhati gelagat manusia yang berada di sekitar kawasan the curve. Entah macam mana dia tercuit melihat seorang lelaki berambut hitam keperangan dan memakai topeng muka hitam yang berjalan memasuki Starbucks. Seketika kemudian dia menjawab panggilan telefon bila tertera nama Diyan.

"what's up?"

"okay. I'll be back in 10 minutes. Ambil aku kat tempat biasa. "

Segera dia menyimpan semula ipadnya ke dalam tote bag. Entah macam mana pula si Diyab boleh terlupa untuk membawa kunci rumah. Kakinya mula melangkah menuju mrt.

Mujur saja dia tak perlu menunggu lama mrt. Sewaktu dia melangkah masuk ke dalam perut mrt, baru dia perasan sesuatu. The same guy that he saw at the Starbucks is taking the same mrt as her!

Ah kebetulan sungguh bila terdapat dua tempat kosong. Mereka berdua pilih untuk duduk bersebelahan.  Kebetulan yang sangat mengujakan. Mungkin?

Mahu ajak berborak tapi tak mahu dicop busy body. Sudahnya dia hanya membiarkan semua itu berlalu sahaja. Dia pasti tidak ada ruang untuk dia mengenali lelaki itu.

Sampai saja di hentian Kota Damansara, dia bangkit dan mula keluar. Barangkali sedikit berharap agar lelaki itu menoleh. Tapi tu semua hanyalah angan angan.

"Sorry aku lupa nak bawak kunci. I thought that you would be home."

Malissa hanya senyum tipis. Jam tangan dikerling. Sudah jam 6.45 petang.

"Should we eat outside atau nak masak? "

"up to you la malis."

"karang lepas isya kita keluar okay? "

Diyan angguk. Tapi tak lama lepas tu diyan mula bersuara. "tapi malam ni aku lupa aku ada date."

"aaa macam tu aku just order ja nanti. It's okay"


Pintu bilik ditutup perlahan. Tote bag disangkut di kerusi. Badan direbahkan di atas katil. Mata dipejamkan buat seketika.

I feel like I have known you for a long time. Need that person now but I did not know him yet.

Aneh bukan?

Atau dejavu?

Hampir lima minit berbaring, Malissa ambil keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa perlu berfikir lagi gerangan lelaki yang dijumpainya. Mungkin hidup mereka tak akan bersilang. Life need to move on.

Malam itu teman serumahnya keluar. Tinggal Malissa sahaja di rumah. Mahu memasak terasa malas kerana hanya dia yang ada. Mahu memesan makanan luar, tak tahu pula mahu makan apa. Susah sungguh walhal nak pilih makan apa!

Peti sejuk dibuka dan sebiji epal merah dikeluarkan dan dibasuh. Ruang tamu dituju, remote diambil dan mula memilih siaran. Sambil sambil dia gigit epal.

Telefon mula berdering. Tertera nama Hanif di notifikasi. Entah apa kawannya itu mahu.

Hanif : Jom hangout?

Malissa : Hmm

Afrina : Jomlah Malis. Lama kita tak hangout bertiga.

Kali terakhir mereka lepak bersama rasanya kira kira tiga tahun lalu. Sewaktu masing masing berada di universiti. Sekarang masing masing dah bekerja.

Hanif : So? Dua lawan satu. Jomlah Malis.

Malissa : Okay.. Mana kali ni?

Afrina : Pavi?

Malissa : Jumpa kat pavi esok 👌


I see her today. At Starbucks. But she doesn't seem to remember me. Oh boi, i can feel the ache deep inside of my heart.

Langkahnya dimatikan saat dia memerhati yang Malissa sudah pun bergerak pergi. Sudahnya diambil keputusan untuk mengekorinya hingga ke stesen mrt. Ah bagai jadi kebetulan sungguh bila mereka memasuki ke dalam gerabak mrt yang sama.

Terdapat dua tempat kosong dan mereka berdua ambil keputusan untuk duduk di situ. Hatinya bagai mahu menegur Malissa tapi otak berkata sebaliknya. Dia tak mahu tiba tiba dicopkan sebagai pervert pula.

Why did you forget me, Malissa?

Satu keluhan dilepaskan. Sudah tiga tahun dia mencari tapi bila mereka berjumpa kembali, Malissa tidak ingat akan dirinya. Agak kesal sebenarnya. Tanpa sedar Malissa di sebelahnya bingkas bangun apabila mrt tiba di stesyen Kota Damansara.

Lambat lambat dia paling untuk melihat. Namun gadis itu langsung pergi tanpa berpaling untuk melihatnya. Sekali lagi hatinya terasa sakit.

Sekarang ni cuma ada dua pilihan. Sama ada cuba dekati Malissa atau putus asa sahaja.

And I'm not giving up easily.

Sekeping gambar polaroid ditatap. Gambar mereka berdua tatkala kali pertama berjumpa. Waktu itu Malissa sedang cuti semester dan menghabiskan hari hari terakhir cuti dengan berjalan di sekitar Kuala Lumpur.  Dia seorang yang berani sebenarnya walaupun gadis itu sering ucap bahawa dia adalah pengecut. Pengecut tapi berani menerawang sendirian di bandar metropolitan.

Walaupun sudah bertahun mereka tidak bertegur sapa, Aus masih ingat lagi suara Malissa. Dia jadi tertanya apa yang telah berlaku pada Malissa sehingga gadis itu tidak lagi mengingati dirinya.

Mungkin salahnya kerana menoktah hubungan persahabatan mereka berdua dengan pertelingkahan. Tapi pertelingkahan sudah jadi perkara biasa dalam hubungan persahabatan mereka berdua. Mana taknya boleh gaduh, dah masing masing asyik menjulang ego.

Moga lambat laun nanti, takdir mereka akan bersilang.


Tiga tahun sebelum : 2020

Pertama kali dia melihat Malissa setelah sekian lama mereka hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Orangnya pendek sahaja, dalam lingkungan 150cm mungkin? Berambut pendek dan mempunya sepasang mata yang sepet tiap kali gadis itu senyum.

Dia yang hanya menunggu di balai menunggu, tersenyum di sebalik topeng muka hitam. Comel bila dia senyum.

"wah. Saya tak sangka awak sanggup tunggu." ujarnya.

Tak padan dengan berbadan kecil, punyalah besar gedabak dia punya bagpack. Tangan kanan saja capai beg itu. "Mak aih. You bawak batu ke apa ni? "

"haha no lah. Saya lepas jumpa awak nanti saya nak pergi perak. Saja nak jalan jalan. "

Berani, detik hatinya.

"count me in then."

Malissa seakan terkejut. Tak sangka mungkin?

Tanpa sebarang jawapan, dia gerak jalan. Mahu menemani Malissa ke hotel. Katanya dia telah menempah hotel di sekital kl sentral. Mungkin baginya senang untuk bergerak ke mana mana.

Sepanjang perjalanan, Malissa asyik berceloteh. Dia hanya diam mendengar.

"can we go direct to perak instead?"

"Awak ni memang suka cakap last minute eh? Burn la duit saya! Patu karang pergi sana tak ada tempat nak tinggal macam mana? Adoi! Sakit kepala saya tiba tiba."

"Just leave it to me. Trust me."


Tak sangka rasanya sekarang mereka berdua ada di Pulau Pangkor. Terasa baru semalam jejakkan kaki di TBS. Gara gara idea gila si Aus, habis burn duit hotelnya. Geram sungguh bila difikirkan balik. Jejaka disebelahnya dipandang. Kadang kadang dia jadi panasaran, sedang apa yang difikirkan.

"Aus"

Tanpa perlu menoleh, dia tahu Aus sedang memerhati. "Why? "

Untuk semuanya.

"You won't get the answer. Not for now at least."

Satu senyuman terukir. Itulah jawapannya setiap kali soalan itu menerpa. Keadaan antara mereka berdua sepi. Masing masing tak berganjak dari jeti.

Aus petik jari. "c'mon Maliss"

Malissa hanya menunggu di tepi pantai. Menikmati suasana pantai yang begitu mendamaikan. Tak sangka dia sekarang berada jauh dari pangkuan keluarga. Pertama kali bag pack ke Perak. Paling tak sangka bersama Aus. Sungguh tak terjangka!

"Maliss! " jerit Aus. Dari jauh dia nampak Aus menunjukkan kunci bilik.

"This is yours. Go have a rest first. Then we'll think what to do."

Kunci bertukar tangan. Bagpack dicapai. Dia hanya mengekori Aus untuk sampai ke bilik. Tak sangka biliknya benar benar mengadap pantai. Aus pula menginap di bilik sebelahnya.

Masuk saja ke dalam bilik, bag diletak tepi. Badan direbahkan ke atas katil. Penat yang amat! Lambat lambat Malissa menutup mata dan menerawang.

Malissa sedar bila terdengar bunyi ketukan demi ketukan. Mahu tak mahu dia perlu bangkit untuk buka pintu. Buka saja pintu terpacul Aus dihadapannya bersama satu beg plastik berisi air dan roti.

"It's getting late already but I managed to get these things for you. You tidur lama sangat since we got here. Don't forget to eat okay."

Plastik bertukar tangan. Tanpa membuang masa, Aus kembali ke biliknya. Biarkan Malissa terpaku sendirian.

Terima kasih Aus.


I wonder
Do we really fall in love with someone
Or we just feel cozy when whenever we near them
Or the feeling while having some coffee during the rainy day

Hari ni Malissa hanya ambil kerja separuh hari saja. Sejak kebelakangan ini dia sering didatangi mimpi yang aneh.

A beautiful disaster.

Apa sebenarnya yang jadi?

"Did you really give up on me, Maliss? "

Bisikan itu. The same whisper she keep hearing all this time. Am I crazy already?

Malissa rasanya sedang berkhayal di dunianya sendiri. Hingga tanpa sedar dia hampir hampir saja kena langgar. Mujur ada yang sempat menarik lengannya buatkan mereka berdua terjatuh.

Those eyes.

"Malissa, you okay?"

Pelan pelan matanya mula pejam. Suara yang memanggil tidak lagi kedengaran.

Ambulans ditelefon. Malissa pasti terkejut. I can't lose you again this time. I still need you.

Entah berapa lama dia lelap, dia sendiri tidak pasti. Matanya terasa berat sekali untuk dibuka. Dia hanya mampu mendengar suara suara. Suara yang asing baginya.

"Malissa, if only you could hear me."

Tapi siapa dia?

Suara itu seakan sama dengan bisikan yang acap kali didengarinya.

Namun untuk seketika, Malissa yakin yang dia berada dengan orang yang dipercayai.

Please stay.


Aus perasan yang ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya secara diam diam. Sengaja dia buat tidak perasan saja.

Such a stalker. Fikirnya.

Tak lama kemudian setelah puas main skate, dia fikir untuk confront that stalker. Saja.

"Hey stalker." tegur Aus dengan berani.

Cik stalker dah mula gelabah semacam. Dasar tak pandai menipu. Aus geleng kepala perlahan. Muka skeptikal ditayangkan.

"you ni memang dari dulu suka stalk eh. Dulu kantoi stalk insta story I. Patu sekarang kantoi tengok I dalam diam huh"

"Sibuk je cakap saya tengok awak tadi. Saya tengok lelaki kacak yang macam Park Seo Joon. Perasan betul eh awak ni"

Rambut Malissa dihuru harakan. Suka dia bila lihat Malissa geram. Dan dia berharap agar dia sentiasa dapat lihat wajah Malissa.


Tangan Malissa digenggam erat. Kalau saja dia berani untuk mengaku semua kesalahannya. Kalau saja dia dapat putarkan kembali, tentu saja dia akan pilih untuk tidak mengenali Malissa. Biar dia takkan menyakiti gadis itu tanpa niatnya.

"Malissa... I don't know if you could hear me. It is me Aus. We met few years ago when you're still in your second year at uni. I was the one that started to approach you because you stalked me through my ig. We were close. You always says that I am you savior. I don't even know why. We were complicated when things getting.. um I don't even know.

I guess that I am happy that I got to hold you even for a little bit. At least I got a piece of you that I know most people will never got. I am sorry because I left. But Malissa, please don't go. Not now at least."

Aus bangkit. Dilihat Malissa masih lagi lena. Sms berbunyi. Dari kawannya. "I need to go to my friend's. Nanti I datang balik. Cepat sedar Malis." bisiknya.

Belum jauh lagi dari katil Malissa, tiba tiba saja Aus rebah. Kelam kabut misi yang ada di situ untuk lihat kondisi Aus. Ada misi yang mula memanggil doktor. Pada masa yang sama, Malissa seakan mengalami kesukaran bernafas. Segera beberapa orang misi dan doktor ke katil Malissa. Mungkin ianya sekadar kebetulan. Kebetulan di mana tiada penamat yang indah barangkali.

Mungkin memang benar kisah mereka tak ditakdirkan untuk bersama. Mungkin sekadar pertemuan yang sekejap tapi mempunya impak yang sangat mendalam.

"Aus, kalau awak pergi... Boleh saya ikut?"

Ucap saja ini penamat yang paling jelek kalian pernah baca. Tapi inilah penamat untuk ceritera mereka berdua.

Comments

Popular posts from this blog

Chapter : Where do we go now?

Loss & Grieving