Short Story : December

 

"Because when it rains, I will always remember you. You know I will always be there for you. No matter what."

Sejak kebelakangan ini bumi metropolitan sering dihujani. Tak tahu sama ada bumi sedang bersedih atau hujan yang turun dikatakan rahmat, yalah mencuci dosa dosa yang dilakukan oleh manusia. Melihat hujan yang turun dari tingkat 8 membuatkan dia dibuai kenangan lama. Atau barangkali melayan perasaan. 

Sudahlah hujan, bersendirian pulak tu tambahan lagi bau aroma peach lagi membuatkan Malissa bertambah sendu. Sendu yang tak tahu nak digambarkan bagaimana. Kadang terasa menyesal, kadang rasa kosong.

Hanya kerana satu nama.

Aus.

"Oh well December. How can I ever move on from him?"

Flashback...

"Don't think that I will ever come back after what you did!" jerit Aus bengang. Rasa amarah makin menebal dalam hati. Malissa yang berada di hadapannya dipandang. Satu keluhan dilepaskan.

"You know what Malis? Let's just stop everything right now. Delete everything. The pictures, conversation and memories..." belum sempat ayatnya dihabiskan, Malissa bersuara.

"I don't want."

Sebal dengan jawapan Malissa, dirampasnya phone Malissa. SD card, sim card milik Malissa dikeluarkan dan disimpan di dalam poket seluar. Phone tadi? Dihempaskan ke tanah.

Easy right? Heh. "Don't act like I'm the one who hurt you."

Tanpa menunggu balasan gadis itu, Aus terus berlalu pergi tanpa menoleh kembali.

Malissa terkedu. Phone dah berkecai. Aus pula pergi. Hanya kerana dia mahu tahu isi hati lelaki itu yang sebenarnya.

I just want to know if you ever love me...




Comments

Popular posts from this blog

Chapter : Where do we go now?

Loss & Grieving